Assalamualaikum. Tadaa!!
tak bersalin lagi aku rupanya.huhu
Harini dah 26 Disember..dah overdue 1 hari. Tak sangka pulak akan ter
overdue nak lahirkan baby ni. Dulu kemain ingat baby akan lahir awal
dari due date...rupanya tak semua naluri ibu boleh pakai. Heh.
Jadi tak pelah..menunggu lah lagi.
P checkup ahad lepas macam biasa. Nurse kata
baby dalam keadaan ok, kepala dah engaged, jantung baby normal,
kesihatan aku pun alhamdulillah baik..jadi tak perlu risau. Aku di bagi masa sampai 31 haribulan untuk tunggu baby kuaq dengan syarat gerakan
baby cukup at least 10 kali setiap hari.
Jadi marilah kita sama-sama menunggu.
Baby...baby...bila nak keluar ni sayang?
Apa baby tak sampai hati nak buat Ibu sakit bersalin ka?
Heh. Boleh pulak cenggitu.
Tapi
sungguh..inilah pertama kali dalam hidup aku tak sabaq nak tunggu rasa
sakit datang. Maksud aku rasa sakit nak bersalin. Tak kiralah turun
tanda ka, pecah ketuban ka, contraction aku rasa ada, baby kerap mengeras tapi takda sakit2 macam org cakap pon. tak consistent la. cuma lani kerap nak tkencing, sakit ari2, pinggang pon lenguh semacam ja.
Baby cepat-cepat keluar ya sayang..
Ramai yang menunggu kamu lahir ni..
Paling
kesian kat MIL....dah mai tunggu aku kat sini. everytime, asyik tanya ja tadak rasa sakit pa2 lagi ka? huhuhu. aku ni dgn sehat nya tadak rasa pa2 lagi. tunggu aku sakit rupanya. tak sabaq nak tengok cucu kot. cucu sulung la pulak kan. ramai yg excited nya.
klw belah family aku, relax ja..cucu dah ramai. tambah pulak kakak aku baru ja bsalin. depa sibuk dgn anak kakak aku dulu la...time aku lambat cket. heheh
Now, takmo la tunggu2 sgt. baby takmo kuaq sbb asyik duk tunggu dia kot. takpa baby, nanti bila dah sampai masa baby nak kuaq, baby bagi sign kat ibu tau..hihi.
*sebenaqnya aku pon taksabaq nak tunggu baby ni, tapi hanya Allah saja yg tau bila waktunya*