Chentaku

Daisypath Anniversary tickers

Kawenku

Daisypath Anniversary tickers

Si Comel

Lilypie First Birthday tickers

Friday 3 August 2012

Nyum...nyum...Ketam Kam Heong!

Hye All~
baru lepas tengok Ketuk Ketuk Ramadhan tb 1..ada la resepi yang boleh aku cuba nanti.
iaitu one of my feberet seafood
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
KETAM!
KETAM!
KETAM!
 (^_^) cedap oooooooooooooooooooo!

dulu kan....masa anak dara, mmg aku suka makan ketam. mak ayah pon dah taun, ni feberet anak depa. cakap ja teringin nak makan ketam..tup2, mesti ayah aku dah beli..lalalalalala..terasa diri disayangi
* laki aku selalu kata aku anak kesayangan. adakah?*
pas2, bila dah beli ketam tu..yang paling best, aku jarang sgt sgt sgt siang ketam. teruk gila bila pkiaq2 balik...hoho.  mak aku yang buat keja siang mengesiang ni...hehe.
aku plak buat apa?????? buat tatau ja :P
 ish...takda la aku teruk sampai tahap tu. keja aku masak ler...selalu aku buat ketam masak lemak xpon ketam masak sos ja.  2pon licin suma org makan. alhamdulillah.
cuma sejak menjak dah jadi bini org ni..tak penah lagi makan ketam.  kalau p market, tengok ada ketam macam teirngin..tapi tak plak aku beli. sebab maleh nak siang nanti. hahaha. punya la pemaleh.heh.
tapi, tadi tengok Ketuk-Ketuk Ramadhan.  ai, mmg rasa teliuq ja Ketam Masak Kam Heong tu. tak penah lagi aku try resepi ni. 
no matter wat, aku nak gak buat.  kalau bab siang ketam tu, bukan aku tak reti. saja ja dulu manja ngan mak..lani kena la buat sendiri. hukhukhuk :(
 meh nak kongsi resepi Ketam Kam Heong,
senang ja bahan dia.
 Bahan-bahan:
3 ekor ketam - anggaran 1kg
5 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari
6 tangkai cili padi - dibuang biji dan dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang baru dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak


Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati.
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Hidangkan segera.

okay, amacam? senang kan...nampak menyelerakan plak tu.
pasni boleh la cuba resepi ni.
aahhhhh...lapo lapo lapo~

No comments:

Post a Comment