Chentaku

Daisypath Anniversary tickers

Kawenku

Daisypath Anniversary tickers

Si Comel

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday 26 December 2012

OVERDUE 1 DAY~

Assalamualaikum. Tadaa!!

tak bersalin lagi aku rupanya.huhu
Harini dah 26 Disember..dah overdue 1 hari. Tak sangka pulak akan ter overdue nak lahirkan baby ni. Dulu kemain ingat baby akan lahir awal dari due date...rupanya tak semua naluri ibu boleh pakai. Heh.

Jadi tak pelah..menunggu lah lagi.
P checkup ahad lepas macam biasa. Nurse kata baby dalam keadaan ok, kepala dah engaged, jantung baby normal, kesihatan aku pun alhamdulillah baik..jadi tak perlu risau. Aku di bagi masa sampai 31 haribulan untuk tunggu baby kuaq dengan syarat gerakan baby cukup at least 10 kali setiap hari.


Jadi marilah kita sama-sama menunggu.


Baby...baby...bila nak keluar ni sayang?


Apa baby tak sampai hati nak buat Ibu sakit bersalin ka?


Heh. Boleh pulak cenggitu.


Tapi sungguh..inilah pertama kali dalam hidup aku tak sabaq nak tunggu rasa sakit datang. Maksud aku rasa sakit nak bersalin. Tak kiralah turun tanda ka, pecah ketuban ka, contraction aku rasa ada, baby kerap mengeras tapi takda sakit2 macam org cakap pon. tak consistent la. cuma lani kerap nak tkencing, sakit ari2, pinggang pon lenguh semacam ja.


Baby cepat-cepat keluar ya sayang..


Ramai yang menunggu kamu lahir ni..


Paling kesian kat MIL....dah mai tunggu aku kat sini.  everytime, asyik tanya ja tadak rasa sakit pa2 lagi ka? huhuhu.  aku ni dgn sehat nya tadak rasa pa2 lagi. tunggu aku sakit rupanya. tak sabaq nak tengok cucu kot. cucu sulung la pulak kan. ramai yg excited nya.

klw belah family aku, relax ja..cucu dah ramai. tambah pulak kakak aku baru ja bsalin. depa sibuk dgn anak kakak aku dulu la...time aku lambat cket. heheh


Now, takmo la tunggu2 sgt. baby takmo kuaq sbb asyik duk tunggu dia kot. takpa baby, nanti bila dah sampai masa baby nak kuaq, baby bagi sign kat ibu tau..hihi.

*sebenaqnya aku pon taksabaq nak tunggu baby ni, tapi hanya Allah saja yg tau bila waktunya*

Wednesday 19 December 2012

Misi Tercapai daaaaa..

Happy Weds kawan kawan [^_^]


uhhhhhh. penatnya hanya Tuhan ja yg tau. macam nak patah pinggang den T_T
 tapi, dekat2 nk deliver ni mmg tpaksa aktifkan diri. kena banyak berjalan, banyak bergerak bagi baby cepat kuaq. KATANYA!!

semalam, MIL kol cakap nak mai hujung minggu ni. nak mai teman aku lah, dekat2 nak deliver ni kena ada orang tua2 teman. alaaaaaaaaaaaaa, dah tak ble posing2 seksi n manja2 dah la ngn incik laki. sob sob sob. terbatas la cket kan..tak kan nak feeling2 asmaradana depan MIL...jeles plak dia nanti. hehe.

 sembang2 ngan incik laki, banyak jugak nak kena buat ni.  maksudnya MENGEMAS RUMAH. al maklumlah, duk berdua takpala rumah macam mana pon. ni MIL nak mai duk, kena la nampak kemas cket kan. nanti disangka dapat menantu PEMALAS pulak. huhu.
pagi ni, terlaksanalah misi mengemas rumah apa yang patot. tapi, yg tak besh nya kemas sorang2...waaaaaaaa! walaupon sambil mengemas baby buas tahap dewa, sat2 mengeras..mmg sakit sgt. tapi, aku gagah jugak buat keja. takmo manja2 sangat. 
 alhamdulillah selesai jugak misi mengemas. yang agak2 lasak aku tak buat la, tinggai kat incik laki. biaq dia tolong buat plak wekend ni. aku mmg tak terdaya dah keja berat2 ni.

 perasaan puas hati sebab rumah dah kemas. nanti nak deliver baby pon tadak la rasa serabut rumah berselerak kan.  minda pon tenang ja. itu yang penting. hehe.


*awai2 pagi dah mintak ganjaran dari incik laki.  teringin sangat nak makan kek tiramisu ( our feberet ).  harap2 dia ingat n beli la ^^

Sunday 16 December 2012

Baru Terhegeh hegeh! huhu

Apakah ????


dah dekat nak bersalin, baru terhegeh hegeh nak belajaq bawak keta. huhu. fyi, bukan belajaq kat sekolah memandu...tp, sdn bhd ja. incik laki jadi cikgu nya. hehe.
  
ALASAN?
incik laki nak aku berdikari..p mana xpayah tunggu dia. boleh p sendiri if pandai a.k.a cekap bawak keta. 
motor pandai bawak, tp xda lesen. keta xpandai bawak, tapi ada lesen. haru kan?
aku ni lesen mmg dah ada...bertaun dah. tapi, bawak keta mmg lgsung tak cekap. sebab xpenah nak bawak sendiri. p mana ada ja dreba..2 la akibatnya. teruk teruk teruk!
sedaqdiritakpa!!!

ada la jugak 3 4 kali bawak dulu2..time duk kuaq dating. haha. tapi kat highway ja..konon senang la kan. memang pon!
pas kawen, sekali ja kot bawak balik kampung. tiap kali dsuruh, ada ja alasan yg aku bagi. haha...pasepa aku xmo bawak pon aku xtau. tapi, bila tengok org len cekap bawak keta terasa kejelesan teramat. haiya!

pas2, minggu lepas mmg incik laki paksa aku bawak jugak.  kebetulan kami nak p kenduri kat perlis hokay. jauh tuuuuu.....incik laki dah siap pesan suh prepare mental n fizikal. ewah ewah ewah. macam takot ja...( walaupon ada la jugak, memulas2 ja time nak bawak. nebes gaponya! )
 aku pon on ja...walaupon duk banyak bunyi. hehe...pukui 1030 pagi kami gerak dari lubuk merbau...kira klw dari kmpg aku nak p perlis..boleh jamak la. jauh la kan... berapa km xbapa pasti la.  aku bawak dari rumah sampai la kola perlis. wah! macam xcaya ja... kira dlm pukui 1 sampai la kat kola perlis. 2 jam 30 minit kira okay la p perlis. klw org dah terer pon 2 jam ooooooooooo. lalalalalalala. bangga la sgt kan ^^
sbb ikut jalan kampung kot..bukan highway. ada macam2 halangan daaa. alhamdulillah berjaya jugak. yeayyyyy! walaupon terkedek kedek slow motion bawak. ( takble laju2 kan i tengah preggy. hehe )

pagi tadi, nak p klinik checkup pon aku bawak lagi. bawak kot pekan baling plak..walaupon keta tadak la sesibuk key el mana pon. tapi try jugak bawak...selamat jugak sampai klinik. tp, cikgu stil kena ada sebelah la..nak bawak sorang tak konfiden lagi. huhu.
dalam perkiraan, klw 3 4 kali bawak ni boleh cekap dah kot. hehe.
keta pulak manual...nak biasa diri dgn klas gear apa benda tu leceh cket aku ni.

azam azam azam nak jugak pandai bawak keta. nanti boleh senang2 kuaq shopping ngn baby. kan kan kan?
hahahahahaha (^_^) 

okay. Daaaaaaaaa~



Hope for the Best...

Assalamualaikum & Selamat Pagi readers!


Straight to the point, kemarin p checkup lagi sekali kat private..nak tengok my baby stil floating ka tak. aku  bukan men nebes lagi..dupdap dupdap! kononnya nak checkup pagi..bila sampai doc ada operation pulak. haiiiii. takjadi nak nebes...after lunch baru la ada balik. so, kami lakibini pusing2 la SP..n ajak our Maksu kuaq makan. n after perut dah di isi kenyang..p la nak jumpa doc balik. uisshhhh! kemain lagi ramai..kena la tunggu turn dalam sejam gak la...tup2 nurse tak panggil2 lagi..dah musykil dah. lama sgt..bila tanya, once again doc ngah sambut baby pulak..adooiii! penatnya tunggu lama2..

dalam pukui 4 jugak la dapat jumpa...dah la lama tunggu, bila jumpa..tadak plak gudnews T_T sedey tau!
doc check my baby stil floating..doc cakap 50-50. urghhhh. doc 2 mmg dah bt keputusan, if stil nk deliver kat dia..dia mmg nak operate ja. dia macam takmo take risk la try normal..takot cian kat aku. sakit normal pon rasa, sakit operate pon rasa.  
hmmmmmmm...taktau nak decide macamana lagi.

pagi tadi, weekly checkup kat KIA. kena jugak jumpa doc sbb dah masuk 38weeks tapi stil tak bersalin ( hai baby! suka duk dalam perut ibu ka? ). doc pon scan lagi. aku pon cita la kejadian kemarin kat doc ni. doc KIA check, dah masuk even belum betui2 penuh lagi la..dia advice aku jgn operate untuk 1st baby ni. try deliver normal dulu sbb stil ada masa untuk baby masuk. tp, klw dah tak berdaya nk normal  terpaksa jugak la operate kan. hmmm. 
aku pon klw boleh mmg nak try normal dulu. mana tau, kot time sakit 2 kepala baby menolak masuk kan..suma keja Allah. harap2 cam2 la jadi nya. hubby aku suh aku banyak2 bjalan lani..biaq tarikan graviti 2 tarik baby turun. cewah!!!

due date aku 25 dec 2012. if stil tak bersalin jugak, doc bagi lagi masa 6 hari. maksudnya 31 dec 2012 aku dah kena admit. dannnnnnnnnnnn 1 Jan 2013 kena masuk ubat paksa bersalin. huuuuuuuuu. takmotakmo! kita sama2 la tunggu baby nak kuaq 2012 ka 2013. huhu


Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan aku ini. amin~


*80% baby gurl ( haha. excitednya nak tunggu saat itu )*
*estimate berat 2.8 - 3 kg ( berat jugak walaupon perut kecik )* 
*how much i really want to hug2 n kiss u my love!*

Tuesday 11 December 2012

Hey! I'm 38 weeks now...

Selamat Pagi & Assalamualaikum

 jumpa lagi! sbb aku masih lagi sehat. huhu.  tengah tungu hari ja bila baby nak kuaq jumpa ibu n abah ni.  tengok kawan2 yg due hampir sama suma dah selamat. alhamdulillah ^^
aku? nebes nebes nebes nebes nebes tak habeh2. uhhhh.

ok, cita pasal ni...last entry, aku ada cita pasal masalah baby floating kan. minggu lepas, balik kpg..as usual, mak aku ajak p jumpa bidan. untuk buat minyak urut n ayaq penawar. so, ikut jala sbb bidan 2pon mmg yg di iktiraf KKM.  kelas kau! hehe.  bila jumpa, ada la dia tengok2 kan perut ni..katanya baby dah elok masuk. dah tlekat pon kat tulang pelvis.  iya ka? boleh plak aku tny byk2 kali..yala, risau kot..alhamdulillah, bidan kata jgn risau. senang bsalin nanti. yg penting jgn angkat punggung masa push! uhhhhh. 
klw ikutkan..mmg info masa nak bsalin 2 dah penuh di dada n otak ni.  hari2 duk surf tenet..tapi, takot jugak la. teori mmg senang, baca ja...nt nak praktikal nya cmno?
mohon di permudahkan semuanya nanti. amin ^^

barang2 kelengkapan ibu n baby suma nya dah prepare masa 7bulan lagi.  awai kan?
tapi, ada jugak yg last minute nya. hehe.
untuk tilam baby, aku da beli yg kekabu punya. empuk la cket baby nak tidoq nanti. gpon, takda la mahai sgt. berbaloi baloi la. cuma tilam tak da sarung sekali. mula2 duk nyembang ngn MIL, dia kata dia nak buat...so, aku macam dah lega la. hehe.
tapi, nak dijadikan cita...MIL takdan nak buat plak. haru!
dah tengah tunggu hari ja ni. sarung tilam baby tadak. ohhh cian baby nanti. so, aku pon cakap kat hubby.  dia duk tanya, awat tak buat sendiri. hehehe. aku cakap boleh nak buat, tapi kena balik kpg la..suh mak ajaq buat.  hari 2 dah buat barut baby ngn mak. cuma takdan nak update kat blog. huhu. dah mmg kebetulan nak balik kpg jumpa bidan. kami pon p la cari ken untuk buat sarung. naseb jumpa n puas hati.

al kesah, bermulalah aktiviti aku n mak buat sarung tilam bantal baby.  stat dari keja ukuq mengukuq aku la buat. mata mak pon tak bapa nampak. besa la kan...veteran! hehe.
 dah siap ukuq n gunting bagai. mak aku pon stat la jait dulu..konon nak tunjuk kat aku la cara cara nak jait.  tapi, stakat jait lurus 2 aku mmg dah terer kot. haha.
dah mak dah jait sarung tilam siap, jimat tenaga aku. turn aku plak utk jait sarung bantal suma. tapi, sarung aku jait mmg simple sgt la. tadak la ropol2 renda2 bagai. just jait lurus ja..for the beginning. aku dah BANGGA sgt sebab berjaya jait sendiri untuk anak sendiri! wohaaaa!!!!
tapi, gambarnya ngak ada dong! malas nak tangkap :)
dah siap, tunjuk kat hubby ngn muka penuh bangga. hahaha. dia kata, elok! nanti, boleh la jait sarung tilam n bantai kita plak kan...erkkkk???? aku jugak yg terkena. ceh!!

kawan2 suma, doakan aku n baby selamat nanti.
cant wait to see you LOVE!






Friday 30 November 2012

Ohh my little baby...

36weeks +++..alhamdulillah kandungan sehat.


cuma, ada sedikit masalah.
kelmarin, both of us decide nak p check up baby kat private. 
 unfortunately, ada cket masalah....my baby floating :( huuuu.
doc check, kepala baby duk terapung2. tak masuk dalam tulang pelvis lagi.  sepatotnya, kepala baby mst dah masuk even cket pon.
risiko nya, takot ibu tak boleh deliver normal. kena operate. hmm, tapi bkemungkinan sbb masa tu aku tgh tahan kencing. so, lepas kencing doc check lagi sekali..masuk la cket tapi xspenuhnya.

ada 2 kemungkinan baby floating cam2..

1.  sebab saiz kepala baby besaq xmuat nak masuk
2. sebab tulang pelvis ibu kecik

tapi, doc just teka dulu...xdetails lagi. sebab ada kemungkinan bila dah masuk 37 weeks baby akan masuk laluan..xpun, masa contraction baru baby masuk. ada jugak yg macam tu.
doc pon bagi date lagi 2 weeks, p checkup lagi sekali...if stil xda perubahan, mmg kena operate la jawabnya. Ya Allah, klw boleh mmg nak normal. 

bila dah buat research n tanya pengalaman org tua2..mmg ada kemungkinan baby akan masuk laluan betui2 bila dah dekat masa sakit tu..hopefully, Allah permudahkanlah urusan kami.
lani, just positive kan minda..pujuk baby bagi masuk laluan..jgn terapung2 eh anak ibu. kalau boleh, ibu nak deliver kamu dgn normal ^^

*doc cakap 80% baby girl*
just wait......

Monday 26 November 2012

. Hopefully Dapat .

Dapat apa ?????
hehe.
alhamdulillah, kandungan dah pon masuk 36weeks aka 9 bulan. tgh menunggu hari ja. ntah baby nak kuaq bila pon tatau. so, harap2 b4 baby kuaq....dapatlah nak makan Nandos!
lama aih tak makan. teringin gila..huhuhu.
hopefully wekend ni dapat la makan.
naseb Nandos ni faberet kami lakibini. haha. senang cket cam2. sama2 boleh makan.
Hot peri peri yummy!

Saturday 24 November 2012

Wednesday 21 November 2012

Thursday 15 November 2012

Dialog Sentap!!

Al kesah....


Isteri : abg, rasa macam nak tukaq pakai hp baru la. hat canggeh manggeh cket..duk pakai hp buruk ja..

Suami : awat, hp yg duk ada dah rosak ka? nak pakai hp pa?

Isteri : alaa, ayg nak gak pakai samsung galaxy ka, note ka..ayg pon nak instagram2 jugak. huhu

Suami : Ohhhh..kalau duk instagram2 buleh dapat duit, pakai la ayg oi...!

Isteri : SENTAP!!! 

(T_T)



Wednesday 14 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum.
sempena kedatangan awal Muharram, mari kita sama sama berazam n berhijrah ke arah yang lebih baik.


Tuesday 13 November 2012

Another life is in there...


A Boy Or A Girl
 

At first you moved,only a little.
I could always find you,right in the middle.

As time went on,you really started to grow.
It wasn't a whole lot,in fact, it was rather slow.

Before I knew it,you were all over the place.
It kind of felt like,you were running a race.

People would ask me,if, you were a boy or a girl.
I would sit and wonder,if, you would have curls.

There are so many things,I really want to know.
But, you are hidden inside,so the answers don't show.

How much will you weigh? How tall will you be?
What color is your hair? Will you even like me?

I hope and pray,you feel like you belong.
I never want you to feel, like you are alone.

Your Dad and I,planned you from the start.
You, my dear child,were made straight from our hearts.

In about a month or so,I'll meet you, for the first time.
For you are the product,of your Dad's love and mine.

There will be no one like you,not any place in the world.
It really doesn't matter,if you are a boy or a girl.

We are both so happy,that you even exist.
The gender doesn't matter.you'll be hard to resist.

I hope I make you proud,that I am your mother everyday.
Because, you have filled my dreams,in more ways, than words can say.

It won't be long before,I can look you in the eyes.
I can feel the excitement growing,I know I'm going to cry.

Don't worry my angel,those tears will be of joy.
It won't matter to me,if you are a girl or a boy.
much love ^^

Monday 12 November 2012

Pilih jangan tak pilih oi~

Assalamualaikum ^^



Penin cari nama baby.  normal la kan bakal2 parents ni duk cari nama utk baby.  ada yang nak nama yg UNIK..aku pon tgolong gak la dlm kategori tuh. tp, unik pon kena jugak tengok maksud nama. kang tak elok..

kan tanggujawab parents utk buh nama elok2 untuk baby. emm, aku dah ada dekat 20 pilihan nama baby. campuq boy n girl. huhu. gilabanyak!

tapi, yg tuh aku jz pick2 ja..pas2 hubby plak yg pilih mana2 yg sesuai. alih2 suma xmenjadi pilihan kami berdua. haha. senget.

at last, both of us decide takpayah la cari nama yg unik2 sgt.  yg penting, senang nak sebut n maksud elok.  pkiaq punya pkiaq, aku rasa nak buh nama yg ringkas ja. klw panggil biar penuh..takda shortcut..baru makna sempurna.

tersangat la excited nak tau gender.  Insyaallah, ibu n abah dah ada nama yg baik untuk baby.  can't wait to see you baby.


Friday 2 November 2012

Jom Makan-makan!

Salam Jumaat ^^
meh nak kongsi cket menu utk hari ni...simple ja. tapi, dah lama teringin nak buat. tak kesampaian. hari ni buat jgak. huhu.
dah smalam, incik hubby kata nak p market...so, tpkiaq2 nak masak apa tghari ni.
jadilah ini ~
'
'
'
'
'
'
'
'
'
SIAKAP STIM HALIA
(resepi gugel ja okay)
SAYUR CAMPUR 

SAMBAL KICAP


simple jala menu hari ni...iya la, 3 orang ja nk makan..
 siakap stim halia 2, 1st trial buat sendiri. sbelum ni makan kat kedai ja..huhu. lagipon, masa kawen dulu ada dapat hadiah periuk kukus...tak pernah guna lagi. hehe. bagi la periuk ni bjasa cket kat tuan dia kan........^^

Jom Makan! yummy...


Sunday 14 October 2012

Today's Menu.yummy!!

lapaqtaksanggadahni!



Masak Lemak Ketam


Ikan Goreng

Peria Goreng Telor

Ulam Petai Rebus

Sambai Belacan
ahhhhh...jom makan jom.
slruuuppp~








Sunday 7 October 2012

Almost Done! Alhamdulillah ^^

hye!
 assalamualaikum.
alhamdulillah,  kandungan dah pon masuk 29 weeks. P checkup pon nurse dah suh get ready, barang2 baby spatotnya dah beli even xsuma lagi... if takot dalam tempoh ni dah nak bersalin.  tapi, doa2 baby kuaq cukup time la kan.  anak ibu duk elok2 tau dalam perut :)
cakap pasal barang baby ni...syukur dah hampir cukup suma. yang paling penting, within budget.heheh..beli pon ala kadar ja..nanti baby dah kuaq, kita shopping len naaa..
sebab?sebab?sebab?
sebab, gender baby adalah RAHSIA. huhu~ 
penin gak nak cari baju2 yg sesuai kan...nak amik kaler yg general la. kang amik pink, kuaqnya boy plak..nak amik biru, takot kuaqnya girl. kan haru! tapi klw baby ni pakai kaler apa pon comey ja rasanya, kan!
akhirnya, ibu & abah (kebanyakan ibu yang pilih.hehe :P) pilih suma kaler..kalerful barang2 baby aku. senang. ni lah yang ala kadar tuuuuu....
*taksabaqrasahati*



 tapi kan, bila dah balik...tengok2 lgsung tadak kaler putih. 
apakan daya...

*baby, cant wait to hughughug you*

Thursday 20 September 2012

~ New Me ~

Nak tengok??
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
hehehehe


 6 months already ^^

Sunday 5 August 2012

Kuey Raya : Cornflakes Madu

Salam Ramadhan ^^


 ohh yeah. tak lambat dah tak lambat dah. hehe. dah buat kuey raya ka belom?
aku memang tak penah buat..huhu
tapi tadi terjumpa resepi Cornflakes Madu.  one of my feberet kuey gak la selain tart nenas.  googel punya google, jumpa la resepi Cornflakes Madu.  Memang senang sesgt.
so, i decide myself....nak buat kuey ni. dari duk saja ja kat rumah kan..sari boleh siap ni.
kacang ja! nanti aku nak balik pinjam oven mak...hoho. oven baru tu...
meh aku rasmi.hehe

okay, ni resepi Cornflakes Madu

 

Bahan-bahannya :
  • 200 grm cornflakes
  • 250 grm mentega
  • 2 sudu besar madu
  • 150 grm gula castor
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • ceri hijau merah sebagai hiasan
  • pepper cup secukupnya
cara membuatnya :

1. Mentega, gula dan madu dimasak atas api hingga cair.

2. Kemudian masukkan esen vanilla, cornflakes dan ceri merah juga hijau.

3. Kacau cepat-cepat, angkat dari dapur dan sudukan dalam pepper cup.

4. Bakar dalam oven selama 15 - 20 minit / hingga warna kuning emas.

5. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 


senang kan??

 

Saturday 4 August 2012

Minum Susu Lapik Perut~

lapaqpedihperuttaksangga!
ni la akibat tak tidoq2 lagi..ngah tunggu husben balik.malam2 pon keja lagi :(
oleh sebab tadi bebuka kat luaq, so tadak benda nak makan.
pas2 tingat2 harini tak minum susu n makan vits lagi.hoho.
nanti kena marah pulak.
kena la dengan perut tgh pedih ni.
lani duk minum susu anmum materna coklat.
pak mentua yg bagi duit suh beli susu.  sayang nya kat menantu kan?
jeles?? hehehe. 


tadaaaa!
meh jemput minum ^^

Friday 3 August 2012

Nyum...nyum...Ketam Kam Heong!

Hye All~
baru lepas tengok Ketuk Ketuk Ramadhan tb 1..ada la resepi yang boleh aku cuba nanti.
iaitu one of my feberet seafood
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
KETAM!
KETAM!
KETAM!
 (^_^) cedap oooooooooooooooooooo!

dulu kan....masa anak dara, mmg aku suka makan ketam. mak ayah pon dah taun, ni feberet anak depa. cakap ja teringin nak makan ketam..tup2, mesti ayah aku dah beli..lalalalalala..terasa diri disayangi
* laki aku selalu kata aku anak kesayangan. adakah?*
pas2, bila dah beli ketam tu..yang paling best, aku jarang sgt sgt sgt siang ketam. teruk gila bila pkiaq2 balik...hoho.  mak aku yang buat keja siang mengesiang ni...hehe.
aku plak buat apa?????? buat tatau ja :P
 ish...takda la aku teruk sampai tahap tu. keja aku masak ler...selalu aku buat ketam masak lemak xpon ketam masak sos ja.  2pon licin suma org makan. alhamdulillah.
cuma sejak menjak dah jadi bini org ni..tak penah lagi makan ketam.  kalau p market, tengok ada ketam macam teirngin..tapi tak plak aku beli. sebab maleh nak siang nanti. hahaha. punya la pemaleh.heh.
tapi, tadi tengok Ketuk-Ketuk Ramadhan.  ai, mmg rasa teliuq ja Ketam Masak Kam Heong tu. tak penah lagi aku try resepi ni. 
no matter wat, aku nak gak buat.  kalau bab siang ketam tu, bukan aku tak reti. saja ja dulu manja ngan mak..lani kena la buat sendiri. hukhukhuk :(
 meh nak kongsi resepi Ketam Kam Heong,
senang ja bahan dia.
 Bahan-bahan:
3 ekor ketam - anggaran 1kg
5 ulas bawang putih - dikupas dan dicincang halus
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
3 tangkai daun kari
6 tangkai cili padi - dibuang biji dan dihiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam yang baru dikisar
garam dan gula secukup rasa
minyak


Cara:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam selama 5 minit setiap belah sehingga masak.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
3. Tambah udang kering dan goreng sehingga udang masak.
4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
5. Tambah sos tiram serta lada hitam dan gaul sebati.
6. Masukkan ketam dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
7. Perasakan dengan garam dan gula.
8. Hidangkan segera.

okay, amacam? senang kan...nampak menyelerakan plak tu.
pasni boleh la cuba resepi ni.
aahhhhh...lapo lapo lapo~

....Salam Jumaat Salam Ramadhan....

Assalamualaikum.

Harini dah masuk 14 Ramadhan. maksud nya dah 2 minggu kita posa. alhamdulillah maseh lagi ada kekuatan untuk itu.
pagi ni lepas sahur, rasa tak boleh tidoq...jeles tengok cik abg lena sakan. ngantok sgt nampak..heh.  tapi, bagi chance la..dia keja lagi satgi. aku??? hahahaha. TAK KEJA.jadibolehtidoqbilabilamasa!

okay.
got to go.
Daaaaaaaaaaaaaa~


Wednesday 1 August 2012

S y i o k n y a a a a a !

Alhamdulillah. harini 12 Ramadhan, cepat ja masa.
tak lama dah nak raya...yeeee haaaaa!
cakap bab raya ni.......minggu ni minggu nak bershopping. husben dah janji. hehe.  tapi, matlamat utama kami berdua nak shopping utk mak ayah dulu.  yala, apa salahnya kita bagi hadiah raya utk mak ayah kita kan..bukan selalu pon.  mesti depa suka punya :D
tapi, tapi, tapi, tapi, tapi.....
aku pon nak gak shopping baju raya.  walopon ri2 kata takmo baju raya taun ni...haha. lani dah ubah pikiran. penin sguh! 
ingat nak beli sepasang sudey...sebab???  hjg taun haritu aku dah tempah baju2 kurung 6 pasang...baru nak p amik.  oleh sebab perut ni kecik, aku boleh lagi pakai baju kurung...2 yang encik husben tak bagi shoping byk2...waaaaaaa :(

ni baru bab baju raya..tak masuk lagi kuey raya.  tradisi kat belah aku, mmg kuey raya tunjuk ja..xpenah nya buat. heh!  ada la gak niat nak beli 2 3 jenis bagi kat mak...
klw belah husben aku tak sure plak..rasanya mak ada buat kuey tetiap kali raya.  klw dah buat tak payah dah kot beli...buat apa byk2. jimat kan lebey mesra :D

aduhhhhhh....pedih plak perut ni. baby pon duk senamrobik ja ni. sabaq baby na..satgi kita buka, kita makan puas2...heheh.
okay! Daaaaaaaaaaaa~

p/s : agak2 raya taun ni dapat tak duit raya dari suami terchenta?

Monday 30 July 2012

Si Kecilku......

Assalamualaikum :)

lamanya tak hapdet blog...huhu. takda intenet sbenaqnya. ni baru dapat...cepat ja nak hapdet kan....hehe.

rasanya tak lambat lagi kot nak ucap Salam Ramadhan.  taun ni boleh lah aku posa penuh..i will try..stakat ni stil lagi penuh. oh yeay!
nafsu makan pon tak tinggi...makan ala kadar ja. okek jgak tuh, klw melampau nt berat nek mendadak aku jgak yg risau...huuuuu~


lani baby dah masuk 19w. lagi seminggu genap 20w aka 5 bulan :)
cepat ja masa berlalu.  
tapi............mana ja aku p, suma akan tanya dah bapa bulan, then bila aku jawab suma nya cakap "tak nampak pon perut" huhuhuhu....memang! aku sendiri pon tak nampak perut ni membesaq...rasa mcam duk selim melim macam anak dara lagi. 
apa nak buat...org tua2 kata perut nipis. sbb 2 la tak nampak...heh.yaka??
ada tengok org lain besaq betui...
tapi, kecik2 pon perut aku ni...baby punya la buas.  duk senamrobik dalam perut ibu tak abeh2...kdg2 rasa macam geli geleman ja.  
asalkan baby sehat.. bila checkup, suma okay..

*rahsia aku slim sebab dah transfer suma buncit2 tuh kat laki aku...hahaha. c suami lebey buncit dari isteri...cian dia*

bila cakap bulan posa ni, xdan lagi nak shopping raya..heheh.
nak beli baju macam mana pon tak tau...rasa nya baju kurung stil boleh lagi pakai ni. huhuu. 
taun ni excited nak raya...sbb 1st raya sbg isteri..ada 2 family nak kena ziarah. hmmmm, turn rumah mana belom lagi decide..minggu depan baru nak osom dgn husben. hehe..baru syokkkk kan cam2.  tertunggu ja.......

okay!
jumpa lagi...daaaaaaaaaaaaaa~

Thursday 21 June 2012

Yeay!

Alhamdulillah, syukur :)
pasni dah ble balik duk berdua dgn en.hubby...eh3, tlupa plak dah bertiga skang ni.heh~ nanti merajuk plak yg kat dalam ni.susah.
yg beznya, tak gadoh nak tanggung rindu bertan2 dah.
klw sakit penin pon ada tempat nak bmanja...2 yang paling bez.haha.

 mwah!

tapi, yang tak beznya.....:(




baru ja balik, dah nak kena tinggal.....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ taksukataksukataksuka!!
seminggu plak 2...aish! dia nak p masuk hutan, doh...huhu.
dah minat dia, xmo la halang2..bagi jala kan. isteri mithali kata kan.hihi
gpon, aku boleh balik kpg duk celah ketiak mak sminggu.hahaha :P 
rindu masakan mak~

Thursday 14 June 2012

Mom to be.....

Alhamdulillah syukur :)

sebab??


ada rezeki nak jadi IBU..heee~
skang ni kandungan dah masuk 3bln +++
ahad lepas p buat 1st check up dgn doc..buat buku pink+amik darah+scan suma.  hepi sgt time scan 2, nampak la baby...pas2 jantung duk kelip2 macam rama-rama. doc cakap baru nak membentuk..tapi nampak la kepala dia macam bentuk alien (doc yg cakap)
huuuu..tp xpala, janji anak ibu sehat :)

cuma, kata doc uri aku kat bawah...tp doc kata normal lagi klw awal2 ni.  nanti baby dah besar cket, uri akan naik sendiri..mintak2 cam2 la kan.  mudah mudahan suma nya baik. amin~


Friday 8 June 2012

Sekuel Kekasihku Seru kembali: WARIS!

Sapa ingat lagi Drama Seram KEKASIHKU SERU?? drama ni tayang masa taun 2008.

 Kekasihku Seru 2008

aku rasa ni la 1st drama seram aku xpenah miss tengok.  masa ni tgh study lagi, baru semester 2.  tetiap hari kamis malam jumaat dulu, aku dgn suma housemate..Na, Elly, Kakyat, Rina, Kaksha... pakat tetonggek dpn tb semata2 nak layan cita Kekasihku Seru ni...aiii, seram kot cita ni.  
tp lawak pon ada, housemate aku ni ada gak yg penakot. tapi stil nak tengok, tutup2 muka ngn bantai ala bagai. time hantuuuu muncul ja, suma pkat mjerit. hahaha. aku tumpang mjerit sekali sbb tkejut depa jerit... 

lama kot tunggu sekuel cita ni....dekat 4 taun dah baru la ada.  minggu depan 14Jun 2012 stat la sekuel ni, tajuk dia WARIS! 

 Waris 2012

betui2 xsabaq cek nak tengok cita ni!

ni cket sinopsis drama WARIS.

sekuel ini mengisahkan tentang kehidupan Rashad & Marisa selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Marisa sebelum ini pernah diganggu oleh Waris kerana dia memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan.
Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.
Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.
Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris?

sapa2 yang minat drama seram ni, jom la pakat2 layan. hehe.


tapi kan, kali ni rasanya aku mst layan sorang2 ja...sbb laki aku xsuka cita seram.  ai, naseb lah..tp dia mst kena teman. kot2 la takot hantu, ble la nyorok2 blakang dia. hihihi.

Wednesday 6 June 2012

What Is L.O.V.E ??

Tadi kan, masa ngah surf tenet...tjumpa la picture2 tomey n sweet ni.

meh kita kongsi bersama~ definisi C.I.N.T.A :)


 Cinta adalah hadiah paling bermakna :)


cinta adalah bagi girlfriend / isteri makan banyak-banyak sampai gemuk haha

*hahaha, ni tbalik kes aku..suami yg gemok sbb tolong perabis makanan isteri*

 love is to be with you all the time

*sampai dalam mimpi ikut*

 love is stubborn

*kadang-kadang la :P *
  
 berkongsi kegembiraan, ketawa bersama-sama sampai pecah perut

* selalunya la...hehehe *
 

2 orang mendayung bersama-sama

*dont get it* 

  tahan nafsu ikut si dia diet bersama-sama haha

*xda kot yang ni.hehe*


 jangan putus asa walaupun tak dilayan hoohoho

*hahahahaha.macam kena kat aku ja..sowie abg. i love u no matter what *

 kesabaran

*ini adalah dia*

 thinking of you

*all the time babeh*

 menunggu sms setiap masa

*dari dulu sampai sekarang*

 berani

*berani sgt*

 love is the best medicine

*Paling mujarab sekali, kan?*

 i love you this much!!

(here....it's me) heheheheh


p/s : How much i love u sayang~